Khamis, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa Penduduk TDB Bersama Anak-Anak Yatim Dan Sambutan Nuzul Al-Quran

Tarikh: 6hb September 2009 bersamaan 16 Ramadan 1430
Hari: Ahad
Masa: 5.30 ptg - 11.00 mlm
Lokasi: Surau Al-Faizin, TDB

KRT rai 40 anak yatim sambut Ramadan

Klang - Seramai 40 anak yatim dari sekitar Zon Kampung Getah diraikan sempena kedatangan Ramadan serta sambutan Nuzul Quran yang diadakan di Surau Al-Faizin, Taman Datuk Bandar dekat sini.

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan adalah yang pertama kali diadakan dan memilih anak-anak yatim sebagai golongan sasaran untuk diraikan dan menerima sumbangan pada majlis itu.

Pengerusi KRT Taman Datuk Bandar, Ssaiku Ros berkata, seramai 40 anak yatim lelaki dan perempuan dari enam kariah surau Kampung Getah turut diberi peluang berbuka puasa, sembahyang Tarawih berjemaah serta menerima sumbangan hari raya.

"Ini adalah kali pertama kita menganjurkan program sebegini dan menjadi tanggung jawab kita membantu anak-anak yatim dari golongan kurang berkemampuan kerana mereka juga ingin merassakan suasana berpuasa dan menyambut hari raya seperti rakan-rakan mereka yang lebih bernasib baik.

"Kita tidak mahu meminggirkan golongan itu kerana anak-anak yatim ini perlu diberi perhatioan dan sentiasa dibantu dari sedi emosi serta keperluan mereka lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kerjasama semua penduduk ditaman perumahan ini dalam menjayakan program berkenaan selain turut sama menyumbangkan derma untuk disampaikan pada anak-anak yatim berkenaan.

"Ini adalah satu fungsi dan tanggungjawab KRT yang sentiasa berusaha menyatupadukan penduduk disini di bawah satu program, dan kita ambil kesempatan dengan kehadiran ramadan serta sambutan Nuzul Quran untuk menjayakan program ini.

"Pelbagai lapisan masyarakat penduduk disini tanpa mengira perbezaan pegangan politik dapat disatukan pada majlis sebegini dan kita mengharapkan persefahaman serta perpaduan penduduk dapat ditingkatkan lagi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada semua penduduk dan pihak yang telah menyumbangkan barangan serta wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim yang dijemput pada program itu.

"Kita bercadang untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang diterima dari penduduk amat baik.

"Kita berharap agar tahun hadapan lebih ramai lagi penyumbang akan tampil untuk turut serta menjayakan program ini," katanya.

Difahamkan, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Penyelaras Persekutuan DUN Meru, Norliza Ahmad mengetepikan perbezaan politik antara mereka untuk turut hadir menjayakan program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Meru, Thaifor Noor.

Kedua-dua tetamu itu diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

-Sinar Harian, Khamis 10 September 2009, 20 Ramadan 1430, Bil: 1096-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan