Khamis, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa Penduduk TDB Bersama Anak-Anak Yatim Dan Sambutan Nuzul Al-Quran

Tarikh: 6hb September 2009 bersamaan 16 Ramadan 1430
Hari: Ahad
Masa: 5.30 ptg - 11.00 mlm
Lokasi: Surau Al-Faizin, TDB

KRT rai 40 anak yatim sambut Ramadan

Klang - Seramai 40 anak yatim dari sekitar Zon Kampung Getah diraikan sempena kedatangan Ramadan serta sambutan Nuzul Quran yang diadakan di Surau Al-Faizin, Taman Datuk Bandar dekat sini.

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan adalah yang pertama kali diadakan dan memilih anak-anak yatim sebagai golongan sasaran untuk diraikan dan menerima sumbangan pada majlis itu.

Pengerusi KRT Taman Datuk Bandar, Ssaiku Ros berkata, seramai 40 anak yatim lelaki dan perempuan dari enam kariah surau Kampung Getah turut diberi peluang berbuka puasa, sembahyang Tarawih berjemaah serta menerima sumbangan hari raya.

"Ini adalah kali pertama kita menganjurkan program sebegini dan menjadi tanggung jawab kita membantu anak-anak yatim dari golongan kurang berkemampuan kerana mereka juga ingin merassakan suasana berpuasa dan menyambut hari raya seperti rakan-rakan mereka yang lebih bernasib baik.

"Kita tidak mahu meminggirkan golongan itu kerana anak-anak yatim ini perlu diberi perhatioan dan sentiasa dibantu dari sedi emosi serta keperluan mereka lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kerjasama semua penduduk ditaman perumahan ini dalam menjayakan program berkenaan selain turut sama menyumbangkan derma untuk disampaikan pada anak-anak yatim berkenaan.

"Ini adalah satu fungsi dan tanggungjawab KRT yang sentiasa berusaha menyatupadukan penduduk disini di bawah satu program, dan kita ambil kesempatan dengan kehadiran ramadan serta sambutan Nuzul Quran untuk menjayakan program ini.

"Pelbagai lapisan masyarakat penduduk disini tanpa mengira perbezaan pegangan politik dapat disatukan pada majlis sebegini dan kita mengharapkan persefahaman serta perpaduan penduduk dapat ditingkatkan lagi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada semua penduduk dan pihak yang telah menyumbangkan barangan serta wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim yang dijemput pada program itu.

"Kita bercadang untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang diterima dari penduduk amat baik.

"Kita berharap agar tahun hadapan lebih ramai lagi penyumbang akan tampil untuk turut serta menjayakan program ini," katanya.

Difahamkan, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Penyelaras Persekutuan DUN Meru, Norliza Ahmad mengetepikan perbezaan politik antara mereka untuk turut hadir menjayakan program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Meru, Thaifor Noor.

Kedua-dua tetamu itu diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

-Sinar Harian, Khamis 10 September 2009, 20 Ramadan 1430, Bil: 1096-

Ahad, Ogos 30, 2009

Jabatan Perpaduan sasar penerangan konsep 1Malaysia

30/08/2009 11:21am

KOTA BHARU 30 Ogos- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mensasarkan 72,800 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara untuk diberi penerangan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata pembabitan anggota SRS di KRT seluruh negara itu penting agar matlamat kerajaan untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia itu sampai ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Penerangan sedang mencari pendekatan yang sesuai untuk sama-sama turun padang bagi mempercepatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep yang baru diperkenalkan kerajaan menerusi kepimpinan Perdana Menteri keenam itu.

“Kami akan menggerakkan jentera melalui anggota SRS di semua KRT di seluruh negara untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia itu agar ia sampai kepada golongan sasar di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa sempena penyampaian hadiah pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2009 di sini, malam tadi.

Beliau turut menyampaikan cek pampasan skim insurans berkelompok kepada tiga keluarga angota SRS yang meninggal dunia dan terlibat dalam kemalangan tahun lalu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Shukri Mohd Salleh dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Abdul Hadi Salleh.

Azman Amin berkata, masyarakat kini perlu didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu dasar kerajaan menerusi konsep yang baru diperkenalkan seperti 1Malaysia agar tidak dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru kita mencari pendekatan dengan kerjasama Jabatan Penerangan turun padang bagi menjelaskan apa yang maksudkan kerajaan menerusi konsep itu seperti

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jabatannya sudah membayar pampasan berjumlah RM1.3 juta menerusi skim insurans Takaful berkelompok kepada anggota yang terlibat dalam kemalangan sejak skim itu dilancarkan 1 Januari 2007.

Menurutnya, sejak Januari hingga Julai lalu, pihaknya mengendalikan 300 tuntutan bayaran pampasan kepada anggota SRS termasuk 17 kes melibatkan kematian di seluruh Negara.

Menerusi skim insurans takaful berkelompok itu seseorang anggota SRS yang meninggal dunia dibayar pampasan sebanyak RM20,000, manakala mereka yang terlibat dalam kemalangan dibayar bergantung kepada kecederaan.

— BERNAMA

Jumaat, Ogos 07, 2009

Peranan Biro Keselamatan KRTTDB

1. Membantu mencegah dan membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negetif dikawasan rondaan.

2. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dengan kadar segera.

3. Membantu menguatkuasa undang-undang jika jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti seperti polis.

4. Memberi perlindungan keatas nyawa dan harta benda pemastautin.

5. Mengurus, menyusun, mengendalikan Roster atau Jadual Rondaan.

6. Memantau keadaan persekitaran premis yang tidak berada dalam keadaan selamat dan melaporkan jika berlaku kerosakan kemudahan awam.

7. Merapatkan hubungan sesama penduduk setempat dan ahli Rukun Tetangga melalui SRS.

8. Membantu melaksanakan tugas lain yang diarahkan olehPengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.